Thursday, August 9, 2018

الضرر يزال



الضرر يزال
" Kemudaratan hendaklah dihilangkan"

1. DEFINISI :
  • Asas kepada kaedah ini ialah hadis Rasulullah S.AW. لا ضرر ولا ضرار .
  • Makna ضرر ialah melakukan kerosakkan terhadap orang lain, sedangkan   ضرار ertinya bertindak balas melakukan kemudaratan yang sama dengan kemudaratan terhadapnya.
  • Ulama telah sepakat bahawa kaedah ini mengecualikan  ضرر yang diizinkan oleh syarak seperti qisas, hudud dan segala jenis hukuman keseksaan dan takziz yang lain kerana sesungguhnya menolak kerosakan hendaklah didahulukan dari menarik kebaikan, walaubagaimanapun, hukuman-hukuman itu pada hakikatnya tidak syariatkan melainkan kerana hendak menolak kemudaratan juga.

2. DALIL DAN HADIS YANG BERKAITAN DI DALAM KAEDAH INI :

(الكتاب : قوله تعالى: (لا تضار والدة بولدها ولا مولودله بولده
سورة البقرة : 233

"السنة  :قوله : "لا ضرر ولا ضرار



3. MASALAH YANG TERMASUK DI BAWAH KAEDAH INI IALAH :
  • Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat kecacatan padanya.
  • Qisas, hudud dan takziz dibolehkan untuk mendapatkan keadilan.
  • دحجر ( di tangan daru mengurus harta sendiri ) keatas سفيه , dan dilarang mufti yang tidak bersopan dari mengeluarkan fatwa dan doktor yang jahil dari merawat orang sakit kerana amalan-amalan mereka ini mendatangkan kemudaratan ke atas diri mereka dan orang lain.

4. KAEDAH YANG TERBIT DARI KAEDAH الضرر يزال :

  • الضرورة تبيح المحظورات
"  Darurat mengharuskan yang dilarang "

1. MAKNA :
  • Darurat ialah sesuatu yang tidak mungkin tercapai lima kepentingan yang asasi bagi seseorang muslim itu melainkan dengannya. Sementara محظورات ialah perkara-perkara yang wujud nas syarak melarang dan mengharamkannya.
  • Maksud kaedah ini ialah bahawa setiap yang dilarang pada syarak boleh bertukar menjadi harus ketika darurat. Maka mengharus oleh keadaan darurat akan yang haram itu dinamakan rukhsah dalam ilmu usul fiqh. 
  • Rukhsah itu mengharuskan yang diharamkan kerana darurat di samping kekal pengharamannya apabila hilang darurat.

2. CONTOH YANG PRAKTIKAL BAGI KAEDAH INI :
  • Harus makan bangkai ketika dalam keadaan yang terdesak.
  • Harus memandang aurat kerana darurat (keperluan) ketika dalam perubatan.
  • Boleh memandang kepada wanita kerana tujuan pinangan, kerana mengajar, muamalat dan perubatan.
  • Harus digali kubur kerana mengeluarkan mayat setelah dikebumikan tanpa dimandikan atau ditanam menghadap kiblat.

  • الضر لا يزال بالضر
"Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga"

1. PENERANGAN :
  • Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih rendah, tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama dengannya atau yang lebih mudaratnya, kerana kalau boleh dihilangkan dengan mudarat juga maka tidak bererti الضرر يزال bahkan ia merupakan kemudaratan yang baru diwujudkan.
2. CONTOH AMALI DI BAWAH KAEDAH INI :
  • Nafkah tidak diwajibkan ke atas keluarga yang faqir untuk keluarga yang juga faqir, kerana menolak kemudaratan dari faqir pertama itu menimbulkan kemudaratan 
  • Seseorang yang berhajat menolak kebinasaan dirinya dari kebuluran tidak memperolehi sesuatu melainkan harta atau makanan orang lain yang sama berhajat sepertinya juga, maka ia tidak boleh mengambil harta orang lain. 

  • الضر الاشد يزال بالضر الأخف
" Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan"


1. DEFINISI :
  • Apabila bertembung dua kemudaratan hendaklah diberi perhatian kepada mudarat yang terbesar di antara keduanya dengan memilih kemudaratan yang paling ringan.
  • Ertinya, cara melepaskan diri pertembungan dua kemudaratan yang pasti berlaku salah satu darinya, sedangkan salah satu darinya itu besar dibandingkan dengan satu lagi, maka hendaklah dipilih yang kecil dan lebih ringan dari mengambil kira aspek yang besar kerana bahayanya lebih dahsyat.
2. CONTOH AMALI DI BAWAH KAEDAH INI :
  • Disyarakan qisas, hudud, dan mempertahankan diri dari serangan pencerobohan.
  • Harus membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu masih hidup.
  • Harus tebus talak oleh isteri dalam masa haid, kerana menyelamatkan isteri dari penyeksaan suaminya itu lebih diutamakan dari keburukan memanjangkan iddah ke atasnya, kerana sedikit mudaratnya.






No comments:

Post a Comment