Thursday, August 2, 2018

اليقين لا يزول بالشك



اليقين لا يزول بالشك
" Yakin tidak boleh disingkirkan dengan semata-mata syak "

1. DEFINISI :

1. Makna kepada اليقين :
  • Perkara yang pasti atau ketenangan hati di atas sesuatu ibadat.

2. Makna kepada بالشك :
  • Perasaan yang was-was dan syak terhadap sesuatu perkara.

3. Makna Secara Ijmali :
  • Perkara yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti ( قطعي) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi. Begitu juga, perkara yang diyakini tidak berlaku ( tidak sabit berlaku ), maka tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka lebih lemah daripada yakin.

2. DALIL DAN HADIS DALAM KAEDAH INI :

الكتاب : قوله تعالى: ان الظن لا يغني من الحق شيئا ،( سورة النجم )27

 السنة: حديث : شكي رجل إلى النبي ص أنه يخيل إليه أنه يجد الشيء في الصلاة ، قال :  لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا. مسلم


3. ANTARA CONTOH-CONTOHNYA :

1. Orang yang berada di dalam keadaan suci, kemudian dia syak, dia berhadas besar dan apa hukumnya ?
  • Pendapat Pertama : Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah  telah mengatakan hukumannya ialah suci kerana ia yakin ia tidak berhadas.
  • Pendapat Kedua : Imam Malek pula menyatakan wajib ke atasnya wuduk dikira berhadas berdasarkan kaedah (syak yang berdasarkan syarat iaitu wuduk menjadi penghalang daripada sahnya solat). Justeru itu, taharah iaitu suci adalah syarat sah solat.
* الشك في الشرط مانع من ترتيب المشروط *


2. Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain dan kemudian orang yang berhutang itu mempunyai perasaan syak atau ragu-ragu sama ada dia sudah melunaskan hutangnya atau belum. Adakah dia sudah menjelaskan hutangnya ?
  • Hukum hutang tersebut kekal kerana ia yakin ia berhutang dengan orang tersebut.

4. KAEDAH-KAEDAH FURUK YANG TERBIT DARI KAEDAH  KEDUA INI :
  •  الأصل براءة الذمة 
"Asal masalahnya (seseorang itu) bebas dari tanggungjawab dan tidak beriltizam dengan apa-apa hak."

1. Makna kepada  الأصل 
  • Ia merupakan الثابتة iaitu kaedah yang berterusan.
  • Kaedah yang berterusan ini menyatakan bahawa manusia itu suci zimahnya (tidak bertanggungjawab) daripada sesuatu kewajipan. Keadannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal.
2. Makna kepada الذمة
  • Ia adalah berkaitan jiwa dan zat.
  • Jadi orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal dan dan berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal.

3. Antara contohnya  :
  • Apabila pendakwa gagal mengemukakan keterangan maka اليمين (sumpah) akan diminta daripada yang kena dakwa, tetapi jika dia نكول (enggan) bersumpah, maka tidak boleh dihukum keatasnya berdasarkan نكول  itu kerana pada asal zimmahnya itu bebas dari tanggungjawab. Oleh itu, perlu dikembalikan sumpah kepada yang mendakwa
  • Sesiapa yang mendakwa ke atas orang lain berhutang dengannya maka, dia mesti membuktikan dakwaan itu apabila yang didakwa menafikannya kerana ia berpegang kepada keadaan yang asal iaitu براءة الذمة. Maka pada zahirnya dia tidak mempunyai tanggungan hutang melainkan terbukti sebaliknya.

4. Hadis yang berkaitan dengan kaedah ini :

(البينة على الدعى واليمين على من أنكر )

Maksudnya: Orang yang mendakwa perlu mengemukakan bukti  dan orang yang tertuduh perlu bersumpah bagi menafikan tuduhan ke atasnya.

  • الأصل بقاء ما كان على ما كان
" Asal masalah ialah kekalnya sesuatu perkara di atas keadaannya yang asal".

1. Makna kepada  استصحاب :
  • Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga tidak dapat hukum yang lain yang mengubahnya, yang mana ianya digunakan ulama usul. 
2. Makna kepada استصحاب الأصل :
  • Kaedah ini bererti perlu dikekalkan keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah ثابت  terputusnya atau bertukaran. 

3. Antara contoh-contoh di dalam kaedah ini :
  • Sesiapa yang yakin taharahnya dan syak pada hadas, maka dia dianggap orang yang masih bersuci. Atau dia yakin berhadas dan syak pada taharahnya, maka dia dikira orang yang berhadas.
  • Seseorang yang makan di akhir malam dan syak tentang naik fajar, maka puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal.
  • Wanita yang ditalak raj'ie mendakwa sucinya berlanjutan dan belum selesai iddahnya, maka dibenarkan dakwaannya dan dia masih berhak mendapat nafkah iddah.

  • الأصل العدم، أو،  الأصل فى الامور العارصة العدم
" Asal pada perkara-perkara yang baru muncul itu tiada ".

1. Maksud :
  • Suatu sifat yang tiada asalnya atau sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama. (( jika yang asal sudah ada tetap kena ikut pada yang asal ))

2. Contoh hukum-hukum yang termasuk di bawah kaedah ini :
  • Suami isteri yang telah lama tinggal bersama, apabila si isteri mendakwa dia tidak diberi pakaian dan nafkah, maka dakwaan isteri akan diambil kira kerana pada asalnya kedua perkara itu kekal tanggungjawab suami dan tidak ditunaikannya.
  • Seseorang yang makan harta orang lain, lalu ia mengatakan  " kamu telah membenarkan aku maknnya " padahal dinafikan oleh tuan makanan itu, maka hendaklah diterima kata tuannya kerana yang asalnya pada harta orang adalah haram.
  • Suami isteri bertelingkah di dalam kes hubungan kelamin, isteri mendakwa telah berlaku hubungan kelamin sedangkan suami menafikannya, maka penafian suami diambil kira kerana pada asalnya belum berlaku hubungan kelamin.

  • الأصل فى الأبضاع التحريم
" Hukum asal seagama adalah haram "
  • Maka apabila tidak dapat dikenal pasti pada seseorang wanita itu halal dan haram dikahwin, sebagai contohnya, seseorang lelaki yang dimaklumkan kepadanya bahawa disebuah kampung itu terdapat seseorang perempuan yang haram dikahwini ( seperti saudara  berlainan ibu ) yang tidak dikenalinya sedangkan wanita di kampung itu sedikit jumlahnya.Maka tidak boleh dia berijtihad bagi menentukan perempuan yang diharamkan berkahwin itu.
  • Oleh yang demikian dia tidak boleh mengahwini mana-mana perempuan di kampung berkenaan kerana pada asalnya faraj wanita itu haram disetubuhi melainkan setelah dikenal pasti seseorang wanita itu halal dikahwini dengan yakin tapi harus dia berkahwin kalau bilangan wanita di kampung itu ramai. Ini merupakan satu kelonggaran ( rukhsah ) dari Allah agar tidak tertutup sama sekali pintu berkahwin ke atasnya.
  • Antara contoh-contoh yang lain ialah Ali tidak yakin dan masih ragu-ragu dengan syarat nikah. Maka dia tidak boleh bersama kerana jatuhnya hukum haram.

  •  الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
" Asal pada kebanyakkan perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ianya haram"

1. Penerangan :

  • Jika tiada nas yang sah atau terang yang menunjukkan haram, maka hal tersebut dikira seperti perkara yang asal ( mubah )

2. Dalil dan hadis yang terdapat di dalam kaedah ini:

. قال تعالى: هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا
(البقرة : 31)


قوله : الحلال ما أحل  الله في كتابه والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو 
مما عفا لكم 
( ترمذي حاكم)


3. Contoh masalah yang termasuk di bawah kaedah ini :
  • Haiwan yang samar-samar keadannya 
  • Tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui namanya.
  • Binatang zirafah menurut subuki halal dimakan, kerana asalnya harus dan tidak ada taring serta tiada dalil haram yang mencakupinya. Kebanyakkan Ulama Syafiiah tidak menentukan haram halalnya tetapi ada juga yang mengatakannya ia adalah haram.







1 comment: