العادة محكمة
" ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM"
1.DEFINSI :
- عادة bererti berulangan sesuatu berkali-kali dan menjadi kebiasaannya sehingga menetap ia di dalam jiwa manusia dan dapat diterima.
- عرف pula memberi makna sesuatu yang telah dikenali oleh manusia atau masyarakat dan menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan dan juga perkara-perkara yang mereka tidak lakukannya.
- Makna secara Ijmali : Bahawa adat yang am atau yang khas akan menjadi hakam atau tempat rujuk bagi mensabitkan hukum syarak. Walaubagaimanapun, adat hanyalah dijadikan hakam bagi mensabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas bagi hukum yang hendak disabitkannya. Maka apabila ada nas mestilah diamalkan berdasarkan nas itu dan tidak harus lagi beramal dengan adat.
2. DALIL DAN HADIS YANG TERDAPAT DI BAWAH KAEDAH INI :
الكتاب ، قوله تعالى : ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف
سورة البقرة : 227
"السنة، قوله : "خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف
بخاري
3. SYARAT UNTUK BERAMAL DENGAN AL-ADAH :
- Uruf itu tidak berlawanan dengan nas syarak. Sebaliknya jika ia berlawanan dengan nas maka uruf tersebut tidak boleh diambil kira dan diamalkan seperti bermuamalah riba, menghidang arak di majlis rasmi dan sebagainya.
- Uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara meluas dan menyeluruh. Meskipun ada yang tidak mengamalkannya jumlahnya amat sedikit, maka memadai ia diamalkan oleh majoriti masyarakat.
- Uruf atau adat yang akan dirujuk dalam satu-satu tindakan itu sudah wujud ketika hendak dilakukan tindakan itu. Maksudnya kejadian uruf itu telah mendahului waktu tindakan itu dan berterusan hingga masa berlakunya tindakan itu.
- Tidak wujud sesuatu perkataan atau perbuatan yang berterus terang menyalahi uruf. Maka tidak harus berpegang kepada uruf apabila kedua pihak yang berakad setuju mengenepikan adat yang berjalan kerana keperluan rujuk kepada uruf itu hanyalah ketika kedua pihak yang berakad diam atau tidak memperincikannya.
4. KAEDAH TERBITAN DARI KAEDAH العادة محكمة:
- الإستعمال الناس حجة يجب العمل بها
" Apa yang diamalkan oleh orang ramai merupakan hujah yang wajib diamalkan "
1. PENERANGAN :
- Kaedah terbitan ini bersumberkan hadith yang diriwayatkan daripada Haram bin Muhayissah daripada bapanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya, unta betina milik al-Barra bin Azib telah memasuki pagar seorang lelaki serta merosakannya. Lalu Rasulullah SAW menetapkan hukuman terhadap pemilik harta perlulah menjaga harta mereka siang hari dan pemilik ternakan mereka malam hari.
2. HUKUM FURUK :
- Tentang masalah yang tiada nas syarak, seperti berkaitan sukatan dan timbangan. Justeru, apa yang diiktibar adalah amalan atau praktikal penduduk sesuatu kawasan dan tempat tersebut.
- Kebiasaannya, dalam sesebuah masyarakat itu seandainya seseorang membeli barangan berat seperti almari dan katil, kos penghantarannya ditanggunh oleh penjual dan barangan itu diterima di rumah. Sekiranya urusan jual beli benda tersebut berlaku salah faham, maka penyelesaiannya diputuskan menurut adat.
- المعروف عرفا كالمشروط شرطا
1. PENERANGAN :
- Sesuatu perkara telah terkenal di kalangan masyarakat suatu adat dan kebiasaan, dan ia mempunyai kekuatan hukum yang sama dengan apabila hal itu dinyatakan sebagai satu syarat yang harus berlaku antara mereka.
2. HUKUM FURUK :
- Sesiapa yang menggunakan barangan orang lain tanpa sesuatu akad, namun apabila penggunaan barang tersebut telah menjadi kebiasaan, yang mana penggunanya mesti menjelaskan wang yang setimpal, maka pengguna wajib membayarnya. Hal itu kerana, apa yang telah terkenal dengan masyarakat, pengguna barangan tersebut seharusnya membayar wang.
- التغيين بالعرف كالتعيين بالنص
" Menentukan dengan dasar uruf seperti menentukan dengan berdasarkan nas"
1. PENERANGAN :
1. PENERANGAN :
- Sesuatu penetapan hukum berdasarkan uruf atau adat yang telah memenuhi syarat-syarat sebagai dasar hukum adalah sama kedudukannya dengan penetapan hukum yang didasarkan kepada nas.
2. HUKUM FURUK :
- Di Malaysia, sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa adalah tidak termasuk bil air dan elektrik.
- لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان
1. PENERANGAN :
- Perubahan hukum sebab perubahan masa atau uruf membawa maksud hukum yang dibina berdasarkan uruf akan turut berubah apabila uruf dan adah berubah. Ulama mengatakan ia disebabkan perbezaan masa dan tempat dan bukan perbezaan hujah dan dalil.
2. HUKUM FURUK :
- Tindakan khalifah Ummar Al-Khattab yang memerintahkan solat tarawih dilakukan secara berjemaah di bawah satu imam agar ia menjadi lebih teratur dan tertib.
- Khalifah Ummar tidak memotong tangan pencuri pada zaman kebuluran dan kemarau teruk dengan pertimbangkan keadaan kesulitan ekonomi.
- Khalifah Ummar tidak memberikan zakat kepada muallaf dengan pertimbangan Islam sudah kuat.
- كل ما ورد به الشرع مطلقا ولا ضابة فيه ولا في اللغة يرجع فيه إلى العرف
" Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak dan tiada dasar yang menjelaskan sudut syarak serta bahasa, ia dikembalikan kepada uruf "
1. PENERANGAN :
- Berkaitan dengan masalah hukum yang ada ketetapan dalam syarak, namun ia secara mutlak sahaja. Antara lain, tidak ada penjelasan sudut atau tiada sebarang dalil yang menjelaskannya juga tidak ada penjelasan dari sudut bahasa. Justeru itu, hendaklah dirujuk kepada al-adah.
- Hendaklah dirujuk atau dikembalikan kepada adat dalam perkara yang berkaitan dengan ciptaan fitrah seperti haid, dan umur baligh. Contohnya, masa paling awal gadis berhaid ialah 9 tahun.
2. HUKUM FURUK :
- Tentang tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes berkaitan dengan hukum hudud jenayah mencuri.
- Tentang penyerahan barang serta perpisahan di antara penjual dengan pembeli dalam akad jual beli.
- Berkaitan dengan waktu dan tempoh haid serta kadarnya. Contohnya, sekurang-sekurangnya tempoh haid satu hari satu malam, ghaib atau kebiasaannya enam dan tujuh hari, manakala maksimumnya 15 hari.
- الحقيقة تترك بدلالة العادة
" HAKIKAT DITINGGALKAN DENGAN ADA PETUNJUK MENURUT ADAT "
1. PENERANGAN :
1. PENERANGAN :
- Kadangkala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang berbeza. Satunya membawa pengertian hakiki, dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan hujah untuk diamalkan. Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :
2. HUKUM FURUK :
- Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja. Namun, sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualkan barang tersebut kepada orang dengan alasan jual beli belum terlaksana sepenuhnya. Adat kebiasaanya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga barang, maka akad jualan telah pun terlaksana.
No comments:
Post a Comment