Friday, August 10, 2018

العادة محكمة



العادة محكمة
" ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM"

1.DEFINSI :
  •  عادة bererti berulangan sesuatu berkali-kali dan menjadi kebiasaannya sehingga menetap ia di dalam jiwa manusia dan dapat diterima.
  • عرف pula memberi makna sesuatu yang telah dikenali oleh manusia atau masyarakat dan menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan dan juga perkara-perkara yang mereka tidak lakukannya.
  • Makna secara Ijmali : Bahawa adat yang am atau yang khas akan menjadi hakam atau tempat rujuk bagi mensabitkan hukum syarak. Walaubagaimanapun, adat hanyalah dijadikan hakam bagi mensabitkan hukum syarak apabila tidak terdapat nas bagi hukum yang hendak disabitkannya. Maka apabila ada nas mestilah diamalkan berdasarkan nas itu dan tidak harus lagi beramal dengan adat.

2. DALIL DAN HADIS YANG TERDAPAT DI BAWAH KAEDAH INI :


الكتاب ، قوله تعالى : ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف
سورة البقرة : 227

 "السنة، قوله "خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف 
بخاري


3. SYARAT UNTUK BERAMAL DENGAN AL-ADAH :
  • Uruf itu tidak berlawanan dengan nas syarak. Sebaliknya jika ia berlawanan dengan nas maka uruf tersebut tidak boleh diambil kira dan diamalkan seperti bermuamalah riba, menghidang arak di majlis rasmi dan sebagainya. 
  • Uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara meluas dan menyeluruh. Meskipun ada yang tidak mengamalkannya jumlahnya amat sedikit, maka memadai ia diamalkan oleh majoriti masyarakat.
  • Uruf atau adat yang akan dirujuk dalam satu-satu tindakan itu sudah wujud ketika hendak dilakukan tindakan itu. Maksudnya kejadian uruf itu telah mendahului waktu tindakan itu dan berterusan hingga masa berlakunya tindakan itu. 
  • Tidak wujud sesuatu perkataan atau perbuatan yang berterus terang menyalahi uruf. Maka tidak harus berpegang kepada uruf apabila kedua pihak yang berakad setuju mengenepikan adat yang berjalan kerana keperluan rujuk kepada uruf itu hanyalah ketika kedua pihak yang berakad diam atau tidak memperincikannya.

4. KAEDAH TERBITAN DARI KAEDAH  العادة محكمة:

  • الإستعمال الناس حجة يجب العمل بها
" Apa yang diamalkan oleh orang ramai merupakan hujah yang wajib diamalkan "

1. PENERANGAN :
  • Kaedah terbitan ini bersumberkan hadith yang diriwayatkan daripada Haram bin Muhayissah daripada bapanya yang bermaksud:
"Sesungguhnya, unta betina milik al-Barra bin Azib telah memasuki pagar seorang lelaki serta merosakannya. Lalu Rasulullah SAW menetapkan hukuman terhadap pemilik harta perlulah menjaga harta mereka siang hari dan pemilik ternakan mereka malam hari.

2. HUKUM FURUK :
  • Tentang masalah yang tiada nas syarak, seperti berkaitan sukatan dan timbangan. Justeru, apa yang diiktibar adalah amalan atau praktikal penduduk sesuatu kawasan dan tempat tersebut.
  • Kebiasaannya, dalam sesebuah masyarakat itu seandainya seseorang membeli barangan berat seperti almari dan katil, kos penghantarannya ditanggunh oleh penjual dan barangan itu diterima di rumah. Sekiranya urusan jual beli benda tersebut berlaku salah faham, maka penyelesaiannya diputuskan menurut adat.

  • المعروف عرفا كالمشروط شرطا
" Sesuatu yang telah terkenal menurut uruf seperti sesuatu yang disyaratkan dengan sesuatu syarat "

1. PENERANGAN :
  • Sesuatu perkara telah terkenal di kalangan masyarakat suatu adat dan kebiasaan, dan ia mempunyai kekuatan hukum yang sama dengan apabila hal itu dinyatakan sebagai satu syarat yang harus berlaku antara mereka.
2. HUKUM FURUK :
  • Sesiapa yang menggunakan barangan orang lain tanpa sesuatu akad, namun apabila penggunaan barang tersebut telah menjadi kebiasaan, yang mana penggunanya mesti menjelaskan wang yang setimpal, maka pengguna wajib membayarnya. Hal itu kerana, apa yang telah terkenal dengan masyarakat, pengguna barangan tersebut seharusnya membayar wang.

  • التغيين بالعرف كالتعيين بالنص
" Menentukan dengan dasar uruf seperti menentukan dengan berdasarkan nas"

1. PENERANGAN :
  • Sesuatu penetapan hukum berdasarkan uruf atau adat yang telah memenuhi syarat-syarat sebagai dasar hukum adalah sama kedudukannya dengan penetapan hukum yang didasarkan kepada nas.
2. HUKUM FURUK :
  • Di Malaysia, sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa adalah tidak termasuk bil air dan elektrik.

  • لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان
" Tidak dapat diingkari adanya perubahan hukum disebabkan berlaku perubahan masa "


1. PENERANGAN :
  • Perubahan hukum sebab perubahan masa atau uruf membawa maksud hukum yang dibina berdasarkan uruf akan turut berubah apabila uruf dan adah berubah. Ulama mengatakan ia disebabkan perbezaan masa dan tempat dan bukan perbezaan hujah dan dalil.
2. HUKUM FURUK :
  • Tindakan khalifah Ummar Al-Khattab yang memerintahkan solat tarawih dilakukan secara berjemaah di bawah satu imam agar ia menjadi lebih teratur dan tertib.
  • Khalifah Ummar tidak memotong tangan pencuri pada zaman kebuluran dan kemarau teruk dengan pertimbangkan keadaan kesulitan ekonomi.
  • Khalifah Ummar tidak memberikan zakat kepada muallaf dengan pertimbangan Islam sudah kuat.

  • كل ما ورد به الشرع مطلقا ولا ضابة فيه ولا في اللغة يرجع فيه إلى العرف
" Semua perkara yang dibawa oleh syarak berbentuk mutlak dan tiada dasar yang menjelaskan sudut syarak serta bahasa, ia dikembalikan kepada uruf "

1. PENERANGAN :
  • Berkaitan dengan masalah hukum yang ada ketetapan dalam syarak, namun ia secara mutlak sahaja. Antara lain, tidak ada penjelasan sudut atau tiada sebarang dalil yang menjelaskannya juga tidak ada penjelasan dari sudut bahasa. Justeru itu, hendaklah dirujuk kepada al-adah.
  • Hendaklah dirujuk atau dikembalikan kepada adat dalam perkara yang berkaitan dengan ciptaan fitrah seperti haid, dan umur baligh. Contohnya, masa paling awal gadis berhaid ialah 9 tahun.
2. HUKUM FURUK :
  • Tentang tempat penyimpanan yang sepatutnya dalam kes berkaitan dengan hukum hudud jenayah mencuri.
  • Tentang penyerahan barang serta perpisahan di antara penjual dengan pembeli dalam akad jual beli.
  • Berkaitan dengan waktu dan tempoh haid serta kadarnya. Contohnya, sekurang-sekurangnya tempoh haid satu hari satu malam, ghaib atau kebiasaannya enam dan tujuh hari, manakala maksimumnya 15 hari.


  • الحقيقة تترك بدلالة العادة
" HAKIKAT DITINGGALKAN DENGAN ADA PETUNJUK MENURUT ADAT "

1. PENERANGAN :
  • Kadangkala sesuatu perkara itu mempunyai pengertian yang berbeza. Satunya membawa pengertian hakiki, dan satu lagi membawa pengertian majazi. Namun, pengertian majazi adalah lebih meluas digunakan dalam kebiasaan hidup bermasyarakat. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, pengertian yang hakiki diketepikan dan pengertian majazi itu boleh dijadikan hujah untuk diamalkan. Hukum-hukum furu yang lahir daripada kaedah ini ialah :
2. HUKUM FURUK :
  • Seseorang membeli barang dengan membayar deposit sahaja. Namun, sebelum ia mengambilnya, harga telah naik. Penjual tidak boleh membatalkan jual beli tersebut atau menjualkan barang tersebut kepada orang dengan alasan jual beli belum terlaksana sepenuhnya. Adat kebiasaanya ialah setelah dibayar sebahagian daripada jumlah harga barang, maka akad jualan telah pun terlaksana. 






Thursday, August 9, 2018

الضرر يزال



الضرر يزال
" Kemudaratan hendaklah dihilangkan"

1. DEFINISI :
  • Asas kepada kaedah ini ialah hadis Rasulullah S.AW. لا ضرر ولا ضرار .
  • Makna ضرر ialah melakukan kerosakkan terhadap orang lain, sedangkan   ضرار ertinya bertindak balas melakukan kemudaratan yang sama dengan kemudaratan terhadapnya.
  • Ulama telah sepakat bahawa kaedah ini mengecualikan  ضرر yang diizinkan oleh syarak seperti qisas, hudud dan segala jenis hukuman keseksaan dan takziz yang lain kerana sesungguhnya menolak kerosakan hendaklah didahulukan dari menarik kebaikan, walaubagaimanapun, hukuman-hukuman itu pada hakikatnya tidak syariatkan melainkan kerana hendak menolak kemudaratan juga.

2. DALIL DAN HADIS YANG BERKAITAN DI DALAM KAEDAH INI :

(الكتاب : قوله تعالى: (لا تضار والدة بولدها ولا مولودله بولده
سورة البقرة : 233

"السنة  :قوله : "لا ضرر ولا ضرار



3. MASALAH YANG TERMASUK DI BAWAH KAEDAH INI IALAH :
  • Boleh dipulangkan barang yang dibeli kepada penjual kerana terdapat kecacatan padanya.
  • Qisas, hudud dan takziz dibolehkan untuk mendapatkan keadilan.
  • دحجر ( di tangan daru mengurus harta sendiri ) keatas سفيه , dan dilarang mufti yang tidak bersopan dari mengeluarkan fatwa dan doktor yang jahil dari merawat orang sakit kerana amalan-amalan mereka ini mendatangkan kemudaratan ke atas diri mereka dan orang lain.

4. KAEDAH YANG TERBIT DARI KAEDAH الضرر يزال :

  • الضرورة تبيح المحظورات
"  Darurat mengharuskan yang dilarang "

1. MAKNA :
  • Darurat ialah sesuatu yang tidak mungkin tercapai lima kepentingan yang asasi bagi seseorang muslim itu melainkan dengannya. Sementara محظورات ialah perkara-perkara yang wujud nas syarak melarang dan mengharamkannya.
  • Maksud kaedah ini ialah bahawa setiap yang dilarang pada syarak boleh bertukar menjadi harus ketika darurat. Maka mengharus oleh keadaan darurat akan yang haram itu dinamakan rukhsah dalam ilmu usul fiqh. 
  • Rukhsah itu mengharuskan yang diharamkan kerana darurat di samping kekal pengharamannya apabila hilang darurat.

2. CONTOH YANG PRAKTIKAL BAGI KAEDAH INI :
  • Harus makan bangkai ketika dalam keadaan yang terdesak.
  • Harus memandang aurat kerana darurat (keperluan) ketika dalam perubatan.
  • Boleh memandang kepada wanita kerana tujuan pinangan, kerana mengajar, muamalat dan perubatan.
  • Harus digali kubur kerana mengeluarkan mayat setelah dikebumikan tanpa dimandikan atau ditanam menghadap kiblat.

  • الضر لا يزال بالضر
"Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan juga"

1. PENERANGAN :
  • Kemudaratan boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih rendah, tetapi tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama dengannya atau yang lebih mudaratnya, kerana kalau boleh dihilangkan dengan mudarat juga maka tidak bererti الضرر يزال bahkan ia merupakan kemudaratan yang baru diwujudkan.
2. CONTOH AMALI DI BAWAH KAEDAH INI :
  • Nafkah tidak diwajibkan ke atas keluarga yang faqir untuk keluarga yang juga faqir, kerana menolak kemudaratan dari faqir pertama itu menimbulkan kemudaratan 
  • Seseorang yang berhajat menolak kebinasaan dirinya dari kebuluran tidak memperolehi sesuatu melainkan harta atau makanan orang lain yang sama berhajat sepertinya juga, maka ia tidak boleh mengambil harta orang lain. 

  • الضر الاشد يزال بالضر الأخف
" Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan"


1. DEFINISI :
  • Apabila bertembung dua kemudaratan hendaklah diberi perhatian kepada mudarat yang terbesar di antara keduanya dengan memilih kemudaratan yang paling ringan.
  • Ertinya, cara melepaskan diri pertembungan dua kemudaratan yang pasti berlaku salah satu darinya, sedangkan salah satu darinya itu besar dibandingkan dengan satu lagi, maka hendaklah dipilih yang kecil dan lebih ringan dari mengambil kira aspek yang besar kerana bahayanya lebih dahsyat.
2. CONTOH AMALI DI BAWAH KAEDAH INI :
  • Disyarakan qisas, hudud, dan mempertahankan diri dari serangan pencerobohan.
  • Harus membedah perut wanita yang mati bagi mengeluarkan janin apabila ada harapan janin itu masih hidup.
  • Harus tebus talak oleh isteri dalam masa haid, kerana menyelamatkan isteri dari penyeksaan suaminya itu lebih diutamakan dari keburukan memanjangkan iddah ke atasnya, kerana sedikit mudaratnya.






Thursday, August 2, 2018

المشقة تجلب التيسير


المشقة تجلب التيسير

" Kesukaran yang menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan "


1. DEFINISI:
  • Berdasarkan kaedah ini ialah المشقة yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan ia boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal seperti المشقة yang berpunca dari puasa tanpa berbuka atau berterusan berjaga malam dalam melakukan ibadat sunat tanpa rehat. Disyaratkan juga المشقة itu umum berlakunya, adapun yang jarang-jarang berlaku maka, المشقة itu tidak diambil kira seperti wudhu perempuan yang istihadhah bagi setiap kali sembahyang fardu.
  • Adapun المشقة biasa yang pasti wujud dalam melaksanakan kewajipan dan kerja-kerja untuk keperluan hidup seharian yang mampu dilakukan oleh manusia tanpa mendatangkan kemudaratan maka, المشقة ini tidak menghalang dari tanggungjawabnya, bahkan syarak tidak mengangkatnya seperti المشقة bekerja dan mencari rezeki, berjihad menentang musuh, المشقة dalam melakukan amal ibadat fardu dan hukum jinayat, hudud dan qisas.

2. DALIL DALAM KAEDAH INI :
  • قال تعالى: وما جعل عليكم في الدين من حرج 
(سورة الحج : 78)
  • قال تعالى: لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
( سورة البقرة : 286)


3. SEBAB YANG MENJADI KERINGANAN DALAM SYARIAT ISLAM :
  • Kekurangan : Sebagai contohnya, tidak dikenakan bebanan syarak ke atas orang yang gila, kanak-kanak dan orang yang sedang tidur.
  • Jahil : Contohnya, harus difasakkan perkahwinan kerana aib pada salah seorang suami isteri sedangkan aib itu disembunyikan oleh seseorang daripada mereka, maka yang seorang lagi tidak mengetahui kedudukan yang sebenarnya.
  • Sakit : Islam membenarkan tayamum sebagai ganti dari menggunakan air pada wudhu kerana sakit, begitu juga diharuskan doktor memandang aurat wanita kerana berubat.
  • Safar : Diharuskan bagi orang yang musafir berbuka puasa, jamak dan qasar sembahyang empat rakaat.
  • Terlupa : Tidak dianggap satu kesalahan dosa yang dilakukan dengan sebab terlupa seperti makan atau minum di siang hari pada bulan ramadhan.

4. RUKHSAH ( KELONGGARAN) SYARAK MENCAKUPI TUJUH JENIS HUKUMAN :
  • Pengguguran, seperti digugurkan hukum sembahyang jumaat, puasa, haji dan jihad kerana keuzuran yang tertentu.
  • Pengurangan, seperti yang dikurangkan sembahyang empat rakaat.
  • Penggantian, seperti yang digantikan wudhu dengan tayamum ketika ketiadaan air.
  • Pendahuluan ( Taqdim), seperti didahulukan solat asar dengan ditunaikan dalam waktu zohor ( jamak taqdim) dan dahulukan zakat sebelum cukup haul.
  • Penangguhan ( Takhir ), seperti ditangguhkan sembahyang zohor ke waktu asar ( jamak takhir).
  • Kelonggaran,  seperti yang diharuskan minum arak bagi orang yang tercekik kerongkong ketika ketiadaan air yang halal, dan berlafaz dengan kalimah kafir ketika dipaksa sedangkan hati tetap beriman.
  • Perubahan, seperti menukar kelakuan sembahyang yang makruf ketika ketakutan dalam peperangan.

5. BEBERAPA KAEDAH YANG TERMASUK DI BAWAH KAEDAH :
  • اذا ضاق الامر اتسع
"Sesuatu perkara yang diambil tersempit ia akan menjadi luas ".
  • Contohnya seseorang wanita yang kehilangan walinya ( tidak diketahui mana dia berada sama ada hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim di tempat itu, maka bolehlah dia melantik seseorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengkahwinkannya dengan lelaki pilihannya.
  • Diharuskan perempuan yang beriddah keluar rumah apabila keadaan mendesak seperti bekerja untuk saraan hidup.
  • Diterima saksi wanita (bidan) dalam kes melahirkan anak kerana menjaga nasab.
  • Orang berhutang yang jatuh jadi papa kedana perlu ditangguh tuntutan bayaran hutang sehingga ia senang atau digugur sahaja tuntutan hutang itu.

  • الامر اذا اتسع ضاق
" Sesuatu perkara apabila jadi luas maka ia akan menjadi sempit ".
  • Maksud dari dua kaedah di atas apabila darurat telah menipa seseorang atau jamaah, jika beramal dengan hukum asal yang disyarakan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan ke atas mereka selagi mana darurat itu masih wujud. Inilah makna  اذا ضاق الامر اتسع yang mana ertinya ialah apabila perkara itu sempit ia akan menjadi luas. Tetapi apabila hilang darurat tersebut nescaya kembali hukum kepada asal ia disyarakan. Inilah yang dimaksudkan apabila menjadi luas sesuatu perkara, maka ia akan menjadi sempit.







    اليقين لا يزول بالشك



    اليقين لا يزول بالشك
    " Yakin tidak boleh disingkirkan dengan semata-mata syak "

    1. DEFINISI :

    1. Makna kepada اليقين :
    • Perkara yang pasti atau ketenangan hati di atas sesuatu ibadat.

    2. Makna kepada بالشك :
    • Perasaan yang was-was dan syak terhadap sesuatu perkara.

    3. Makna Secara Ijmali :
    • Perkara yang diyakini berlakunya (batal) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti ( قطعي) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi. Begitu juga, perkara yang diyakini tidak berlaku ( tidak sabit berlaku ), maka tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka lebih lemah daripada yakin.

    2. DALIL DAN HADIS DALAM KAEDAH INI :

    الكتاب : قوله تعالى: ان الظن لا يغني من الحق شيئا ،( سورة النجم )27

     السنة: حديث : شكي رجل إلى النبي ص أنه يخيل إليه أنه يجد الشيء في الصلاة ، قال :  لا ينصرف حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا. مسلم


    3. ANTARA CONTOH-CONTOHNYA :

    1. Orang yang berada di dalam keadaan suci, kemudian dia syak, dia berhadas besar dan apa hukumnya ?
    • Pendapat Pertama : Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah  telah mengatakan hukumannya ialah suci kerana ia yakin ia tidak berhadas.
    • Pendapat Kedua : Imam Malek pula menyatakan wajib ke atasnya wuduk dikira berhadas berdasarkan kaedah (syak yang berdasarkan syarat iaitu wuduk menjadi penghalang daripada sahnya solat). Justeru itu, taharah iaitu suci adalah syarat sah solat.
    * الشك في الشرط مانع من ترتيب المشروط *


    2. Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain dan kemudian orang yang berhutang itu mempunyai perasaan syak atau ragu-ragu sama ada dia sudah melunaskan hutangnya atau belum. Adakah dia sudah menjelaskan hutangnya ?
    • Hukum hutang tersebut kekal kerana ia yakin ia berhutang dengan orang tersebut.

    4. KAEDAH-KAEDAH FURUK YANG TERBIT DARI KAEDAH  KEDUA INI :
    •  الأصل براءة الذمة 
    "Asal masalahnya (seseorang itu) bebas dari tanggungjawab dan tidak beriltizam dengan apa-apa hak."

    1. Makna kepada  الأصل 
    • Ia merupakan الثابتة iaitu kaedah yang berterusan.
    • Kaedah yang berterusan ini menyatakan bahawa manusia itu suci zimahnya (tidak bertanggungjawab) daripada sesuatu kewajipan. Keadannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal.
    2. Makna kepada الذمة
    • Ia adalah berkaitan jiwa dan zat.
    • Jadi orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal dan dan berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal.

    3. Antara contohnya  :
    • Apabila pendakwa gagal mengemukakan keterangan maka اليمين (sumpah) akan diminta daripada yang kena dakwa, tetapi jika dia نكول (enggan) bersumpah, maka tidak boleh dihukum keatasnya berdasarkan نكول  itu kerana pada asal zimmahnya itu bebas dari tanggungjawab. Oleh itu, perlu dikembalikan sumpah kepada yang mendakwa
    • Sesiapa yang mendakwa ke atas orang lain berhutang dengannya maka, dia mesti membuktikan dakwaan itu apabila yang didakwa menafikannya kerana ia berpegang kepada keadaan yang asal iaitu براءة الذمة. Maka pada zahirnya dia tidak mempunyai tanggungan hutang melainkan terbukti sebaliknya.

    4. Hadis yang berkaitan dengan kaedah ini :

    (البينة على الدعى واليمين على من أنكر )

    Maksudnya: Orang yang mendakwa perlu mengemukakan bukti  dan orang yang tertuduh perlu bersumpah bagi menafikan tuduhan ke atasnya.

    • الأصل بقاء ما كان على ما كان
    " Asal masalah ialah kekalnya sesuatu perkara di atas keadaannya yang asal".

    1. Makna kepada  استصحاب :
    • Mengikut hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga tidak dapat hukum yang lain yang mengubahnya, yang mana ianya digunakan ulama usul. 
    2. Makna kepada استصحاب الأصل :
    • Kaedah ini bererti perlu dikekalkan keadaan yang telah sedia ada pada mana-mana waktu dan berterusan dalam semua waktu sehinggalah ثابت  terputusnya atau bertukaran. 

    3. Antara contoh-contoh di dalam kaedah ini :
    • Sesiapa yang yakin taharahnya dan syak pada hadas, maka dia dianggap orang yang masih bersuci. Atau dia yakin berhadas dan syak pada taharahnya, maka dia dikira orang yang berhadas.
    • Seseorang yang makan di akhir malam dan syak tentang naik fajar, maka puasanya sah kerana asalnya malam itu kekal.
    • Wanita yang ditalak raj'ie mendakwa sucinya berlanjutan dan belum selesai iddahnya, maka dibenarkan dakwaannya dan dia masih berhak mendapat nafkah iddah.

    • الأصل العدم، أو،  الأصل فى الامور العارصة العدم
    " Asal pada perkara-perkara yang baru muncul itu tiada ".

    1. Maksud :
    • Suatu sifat yang tiada asalnya atau sifat yang datang kemudian tidak dikira jika sudah ada yang lama. (( jika yang asal sudah ada tetap kena ikut pada yang asal ))

    2. Contoh hukum-hukum yang termasuk di bawah kaedah ini :
    • Suami isteri yang telah lama tinggal bersama, apabila si isteri mendakwa dia tidak diberi pakaian dan nafkah, maka dakwaan isteri akan diambil kira kerana pada asalnya kedua perkara itu kekal tanggungjawab suami dan tidak ditunaikannya.
    • Seseorang yang makan harta orang lain, lalu ia mengatakan  " kamu telah membenarkan aku maknnya " padahal dinafikan oleh tuan makanan itu, maka hendaklah diterima kata tuannya kerana yang asalnya pada harta orang adalah haram.
    • Suami isteri bertelingkah di dalam kes hubungan kelamin, isteri mendakwa telah berlaku hubungan kelamin sedangkan suami menafikannya, maka penafian suami diambil kira kerana pada asalnya belum berlaku hubungan kelamin.

    • الأصل فى الأبضاع التحريم
    " Hukum asal seagama adalah haram "
    • Maka apabila tidak dapat dikenal pasti pada seseorang wanita itu halal dan haram dikahwin, sebagai contohnya, seseorang lelaki yang dimaklumkan kepadanya bahawa disebuah kampung itu terdapat seseorang perempuan yang haram dikahwini ( seperti saudara  berlainan ibu ) yang tidak dikenalinya sedangkan wanita di kampung itu sedikit jumlahnya.Maka tidak boleh dia berijtihad bagi menentukan perempuan yang diharamkan berkahwin itu.
    • Oleh yang demikian dia tidak boleh mengahwini mana-mana perempuan di kampung berkenaan kerana pada asalnya faraj wanita itu haram disetubuhi melainkan setelah dikenal pasti seseorang wanita itu halal dikahwini dengan yakin tapi harus dia berkahwin kalau bilangan wanita di kampung itu ramai. Ini merupakan satu kelonggaran ( rukhsah ) dari Allah agar tidak tertutup sama sekali pintu berkahwin ke atasnya.
    • Antara contoh-contoh yang lain ialah Ali tidak yakin dan masih ragu-ragu dengan syarat nikah. Maka dia tidak boleh bersama kerana jatuhnya hukum haram.

    •  الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
    " Asal pada kebanyakkan perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ianya haram"

    1. Penerangan :

    • Jika tiada nas yang sah atau terang yang menunjukkan haram, maka hal tersebut dikira seperti perkara yang asal ( mubah )

    2. Dalil dan hadis yang terdapat di dalam kaedah ini:

    . قال تعالى: هو الذي خلق لكم ما في الأرض جميعا
    (البقرة : 31)


    قوله : الحلال ما أحل  الله في كتابه والحرام ما حرم الله في كتابه وما سكت عنه فهو 
    مما عفا لكم 
    ( ترمذي حاكم)


    3. Contoh masalah yang termasuk di bawah kaedah ini :
    • Haiwan yang samar-samar keadannya 
    • Tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui namanya.
    • Binatang zirafah menurut subuki halal dimakan, kerana asalnya harus dan tidak ada taring serta tiada dalil haram yang mencakupinya. Kebanyakkan Ulama Syafiiah tidak menentukan haram halalnya tetapi ada juga yang mengatakannya ia adalah haram.







    Friday, July 13, 2018

    الأمور بمقاصدها



    الأمور بمقاصدها

    " Segala perkara itu bergantung kepada tujuannya  "


    1. DEFINISI :

    1. Makna untuk  الأمور :
    •  Ia adalah jamak الأمر ( lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seseorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan yang merangkumi perbuatan, kata-kata atau niat).

    2. Makna  المقاصد :
    •  Ia adalah jamak kepada المقاصد berasal daripada perkataan القصد yang bermaksud niat.

     3. Makna  الأمور بمقاصدها :
    • Segala perbuatan dan tingkah laku, urus niaga dan sebagainya adalah bersandarkan kepada niat. 
    • Maksud tindakan ini ialah amalan dan tindakan seseorang sama ada melalui perbuatan mahupun perkataan, maka natijahnya dan hukum syaraknya berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang dan tindakannya.

      :المعنى الإجمالي للقاعدة   

    الأحكام الشرعية في أمور الناس ومعاملاتهم، تتكيف حسب مقاصدهم، ونياتهم فقد يعمل الإنسان عملاً بقصد معين فيترتب على  عمله حكم معين، وقد يعم نفس العمل بقصد اخر فيترتب على عمله حكم اخر


    2. DALIL DAN HADIS DALAM KAEDAH INI :

     الكتاب،  قوله تعالى : (ومن يخرج من بيته مهاجرأ إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله) النساء 100

    السنة، حديث عمر بن الخطاب، قال: سمعت رسول الله يقول: "إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ مانوى، فمن كانت هجرته إلى الله  ورسول، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته ألى دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه" بخاري 


    3. RUKUN : 

    الأمور      =    Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari  manusia .          
    بمقاصدها  = Sah atau batalnya sesuatu perkara yang bergantung pada niat .


    4. SYARAT KAEDAH :


    1) Syarat kaedah المكلف,
    • Islam
    • Keahlian ( mumayiz, berakal , baligh ) 

    2) Syarat  المقصود / عملاً

    • Perbuatan yang diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukumnya. Jika seseorang itu jahil, maka ibadatnya tidak akan menjadi sah.
    • Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukallaf dari sudut akal, syarak dan adat.
    • Hendaklah perbuatan tertentu.
    • Hendaklah diusahakan dengan diri sendiri.


    3) Syarat  القصد / النية
    • Tidak boleh berlawanan dengan syariat Allah.
    • Serentak dengan perkara yang diniatkan.
    • Tidak membuat perkara yang berlawanan dengan niat.
    • Yakin dengan niat  dan tidak teragak-agak.
    • Sebagai contohnya, niat hendak membatalkan solat. Mengikut mazhab Syafie, jika seseorang itu berniat hendak membatalkan solat. Jadi, solat kita akan batal.

    5. TEMPAT DAN WAKTU UNTUK BERNIAT :
    1. Tempat untuk berniat
    • Tempat yang paling utama untuk berniat adalah di dalam hati dan ia bukan hanya setakat sekadar lafaz sahaja.
    • Lafaz niat yang dilakukan oleh Nabi s.a.w hanya pada ibadah haji sahaja.
    • Di dalam mazhab syafie, boleh ( sunat ) untuk menggunakan lafaz niat supaya ia dapat membantu ketetapan hati seseorang.

        2. Waktu untuk berniat.
    • Ia dilakukan di awal ibadat dan ia boleh  diawalkan.
    • Sebagai contohnya, puasa yang wajib dilakukan pada setiap bulan Ramadhan, yang mana ibadah ini mesti didahulukan dengan niat dan sekiranya tidak berniat , maka ibadah itu tidak sah. Ia juga sama seperti solat .
    • Niat yang boleh diawalkan ialah seperti ibadah zakat.

    6. KEPENTINGAN NIAT DALAM ISLAM:
    • Al-Imam Suyuti menegaskan bahawa para imam mujtahidin telah membuat beberapa pernyataan tentang agung daan istimewanya hadis al-niat dan peranan niat dalam Fiqh Islami.

    7. KENAPA DISYARIATKAN UNTUK BERNIAT :

    1. Dapat mendekatkan diri kepada Allah swt

    2. Dapat membezakan antara perbuatan dengan yang lain:
    • membezakan antara ibadat dengan adat
    • membezakan antara darjat sesuatu ibadat, sebagai contohnya, solat wajib dan solat sunat.

    8. CONTOH AMALI YANG TERMASUK DI BAWAH KAEDAH INI :
    • Berwuduk dan mandi adakalanya bertujuan untuk menyejukkan badan atau  membersihkan anggota badan dan adakalanya ia bertujuan sebagai ibadat.
    • Duduk dalam masjid kadangkala kerana untuk beristirehat dan adakalanya bertujuan untuk iktikaf.
    • Memberi harta kepada orang lain berbagi tujuan di antaranya ialah hibbah, zakat, sedekah dan kifarah.
    • Menyembelih binatang ternakan tujuannya berbahagi-bahagi juga seperti untuk makan dagingnya sahaja, atau mendamping diri kepada Allah dengan mengalirkan darah, maka disyarakan niat bagi membezakan jenis-jenis pendampingan kepada Allah .

    9. KEMUNCULAN DAN PERMULAAN PENULISAN :

    PERINGKAT 1 : BARU HENDAK MULA MENULIS,
    • Bermula pada tahun 2 Hijrah.
    • Kitab Haraj yang ditulis oleh Imam Abu Yusof Bin Ibrahim ( orang kanan Imam Abu Hanifah).
    • Kitab Al-Asal yang ditulis oleh Imam Muhammad Bin Al-Hasan.

    PERINGKAT 2 : PENYUMBURAN DALAM PENULISAN,
    • Bermula pada kurun 4 hijrah.
    • Ia mula tersebar secara meluas pada zaman taklik, dan ijtihad semakin berkurangan.
    • Ia sememangnya memerlukan formula agar dapat mengeluarkan hukum untuk merentasi setiap pandangan daripada mazhab.
    1.Imam Abu Thir  Al-Dabbas:
    • Beliau telah mengambil 17 kaedah daripada Qawaid Fiqhiah yang mana beliau merupakan ulama untuk kurun ke- 4.
    2. Imam Al-Karahi
    • Beliau telah mengambil 39 kaedah daripada Imam Abu Tahir dan beliau juga merupakan ulama pada kurun ke-4.

    ULAMA KURUN KE-5 HIJRAH :

    1. Imam Abu Zahid Al-Dabbusi
    • Kitab Taksis An-Nazar.

    ULAMA KURUN KE-7 HIJRAH :
    1. Imam Al-Izz
    • Kitab Qawaid Al-Ahkam Fi Masalih Al-Anam.

    ULAMA KURUN KE-10 HIJRAH:

    1. Jalaluddin Al-Suyuti
    • Kitab Al-Asybah Wan Nazair, yang mana kitab ini telah menghimpun semua kaedah daripada Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi.

    10. KAEDAH-KAEDAH YANG TERCETUS DARI  الأمور بمقاصدها :

    • العبرة فى العقود للمقاصد والمعاني لا للالفاظ والمعني
    "Yang diambil kira dalam masalah akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja ".



    11. ANTARA  CONTOHNYA :
    • Apabila seseorang berkata " aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekian-sekian dengan harga ini " . Lalu dijawab oleh penjual  " Ya, aku jawab jualkannya kepada engkau ". Maka Imam Al-Rafii dan Al-Nuwi (SYAIHAN) mentarjih bahawa akad itu dikira jual beli berdasarkan lafaz tetapi Imam Subuki berpendapat itu sebagai Salam kerana mengambil kira maknanya.
    • Hibah apabila disyaratkan bayaran seperti dikatakan " Aku hibahkan barang ini kepada engkau dengan harga lima ringgit atau dengan syarat engkau beri kepadaku sekian-sekian ". Maka menurut pendapat yang sah akad itu dikira jual beli berdasarkan kepada makna dan tujuan.

    12. ADAKAH NIAT MENGKHUSUSKAN LAFAZ AM ATAU MENGAMKAN LAFAZ KHAS:

    Lafal Am :
    • BAHASA : Perkara yang merangkumi sama ada lafaz atau bukan lafaz.
    • ISTILAH : Lafaz yang merangkumi setiap perkara yang boleh dimasukkan di dalamnya secara sekali gus secara batasan.
    Lafal Khas :
    • BAHASA : Al-Fardun ( individu)
    Taksis :
    • BAHASA : Mengkhaskan yang am
    • ISTILAH : Mengeluarkan sebahagian perkara yang asalnya termasuk di dalam perkara tersebut.