Friday, July 13, 2018

الأمور بمقاصدها



الأمور بمقاصدها

" Segala perkara itu bergantung kepada tujuannya  "


1. DEFINISI :

1. Makna untuk  الأمور :
  •  Ia adalah jamak الأمر ( lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seseorang manusia sama ada melakukan atau meninggalkan yang merangkumi perbuatan, kata-kata atau niat).

2. Makna  المقاصد :
  •  Ia adalah jamak kepada المقاصد berasal daripada perkataan القصد yang bermaksud niat.

 3. Makna  الأمور بمقاصدها :
  • Segala perbuatan dan tingkah laku, urus niaga dan sebagainya adalah bersandarkan kepada niat. 
  • Maksud tindakan ini ialah amalan dan tindakan seseorang sama ada melalui perbuatan mahupun perkataan, maka natijahnya dan hukum syaraknya berbeza dengan sebab berbeza tujuan amalan seseorang dan tindakannya.

  :المعنى الإجمالي للقاعدة   

الأحكام الشرعية في أمور الناس ومعاملاتهم، تتكيف حسب مقاصدهم، ونياتهم فقد يعمل الإنسان عملاً بقصد معين فيترتب على  عمله حكم معين، وقد يعم نفس العمل بقصد اخر فيترتب على عمله حكم اخر


2. DALIL DAN HADIS DALAM KAEDAH INI :

 الكتاب،  قوله تعالى : (ومن يخرج من بيته مهاجرأ إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله) النساء 100

السنة، حديث عمر بن الخطاب، قال: سمعت رسول الله يقول: "إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ مانوى، فمن كانت هجرته إلى الله  ورسول، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته ألى دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه" بخاري 


3. RUKUN : 

الأمور      =    Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari  manusia .          
بمقاصدها  = Sah atau batalnya sesuatu perkara yang bergantung pada niat .


4. SYARAT KAEDAH :


1) Syarat kaedah المكلف,
  • Islam
  • Keahlian ( mumayiz, berakal , baligh ) 

2) Syarat  المقصود / عملاً

  • Perbuatan yang diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukumnya. Jika seseorang itu jahil, maka ibadatnya tidak akan menjadi sah.
  • Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukallaf dari sudut akal, syarak dan adat.
  • Hendaklah perbuatan tertentu.
  • Hendaklah diusahakan dengan diri sendiri.


3) Syarat  القصد / النية
  • Tidak boleh berlawanan dengan syariat Allah.
  • Serentak dengan perkara yang diniatkan.
  • Tidak membuat perkara yang berlawanan dengan niat.
  • Yakin dengan niat  dan tidak teragak-agak.
  • Sebagai contohnya, niat hendak membatalkan solat. Mengikut mazhab Syafie, jika seseorang itu berniat hendak membatalkan solat. Jadi, solat kita akan batal.

5. TEMPAT DAN WAKTU UNTUK BERNIAT :
  1. Tempat untuk berniat
  • Tempat yang paling utama untuk berniat adalah di dalam hati dan ia bukan hanya setakat sekadar lafaz sahaja.
  • Lafaz niat yang dilakukan oleh Nabi s.a.w hanya pada ibadah haji sahaja.
  • Di dalam mazhab syafie, boleh ( sunat ) untuk menggunakan lafaz niat supaya ia dapat membantu ketetapan hati seseorang.

    2. Waktu untuk berniat.
  • Ia dilakukan di awal ibadat dan ia boleh  diawalkan.
  • Sebagai contohnya, puasa yang wajib dilakukan pada setiap bulan Ramadhan, yang mana ibadah ini mesti didahulukan dengan niat dan sekiranya tidak berniat , maka ibadah itu tidak sah. Ia juga sama seperti solat .
  • Niat yang boleh diawalkan ialah seperti ibadah zakat.

6. KEPENTINGAN NIAT DALAM ISLAM:
  • Al-Imam Suyuti menegaskan bahawa para imam mujtahidin telah membuat beberapa pernyataan tentang agung daan istimewanya hadis al-niat dan peranan niat dalam Fiqh Islami.

7. KENAPA DISYARIATKAN UNTUK BERNIAT :

1. Dapat mendekatkan diri kepada Allah swt

2. Dapat membezakan antara perbuatan dengan yang lain:
  • membezakan antara ibadat dengan adat
  • membezakan antara darjat sesuatu ibadat, sebagai contohnya, solat wajib dan solat sunat.

8. CONTOH AMALI YANG TERMASUK DI BAWAH KAEDAH INI :
  • Berwuduk dan mandi adakalanya bertujuan untuk menyejukkan badan atau  membersihkan anggota badan dan adakalanya ia bertujuan sebagai ibadat.
  • Duduk dalam masjid kadangkala kerana untuk beristirehat dan adakalanya bertujuan untuk iktikaf.
  • Memberi harta kepada orang lain berbagi tujuan di antaranya ialah hibbah, zakat, sedekah dan kifarah.
  • Menyembelih binatang ternakan tujuannya berbahagi-bahagi juga seperti untuk makan dagingnya sahaja, atau mendamping diri kepada Allah dengan mengalirkan darah, maka disyarakan niat bagi membezakan jenis-jenis pendampingan kepada Allah .

9. KEMUNCULAN DAN PERMULAAN PENULISAN :

PERINGKAT 1 : BARU HENDAK MULA MENULIS,
  • Bermula pada tahun 2 Hijrah.
  • Kitab Haraj yang ditulis oleh Imam Abu Yusof Bin Ibrahim ( orang kanan Imam Abu Hanifah).
  • Kitab Al-Asal yang ditulis oleh Imam Muhammad Bin Al-Hasan.

PERINGKAT 2 : PENYUMBURAN DALAM PENULISAN,
  • Bermula pada kurun 4 hijrah.
  • Ia mula tersebar secara meluas pada zaman taklik, dan ijtihad semakin berkurangan.
  • Ia sememangnya memerlukan formula agar dapat mengeluarkan hukum untuk merentasi setiap pandangan daripada mazhab.
1.Imam Abu Thir  Al-Dabbas:
  • Beliau telah mengambil 17 kaedah daripada Qawaid Fiqhiah yang mana beliau merupakan ulama untuk kurun ke- 4.
2. Imam Al-Karahi
  • Beliau telah mengambil 39 kaedah daripada Imam Abu Tahir dan beliau juga merupakan ulama pada kurun ke-4.

ULAMA KURUN KE-5 HIJRAH :

1. Imam Abu Zahid Al-Dabbusi
  • Kitab Taksis An-Nazar.

ULAMA KURUN KE-7 HIJRAH :
1. Imam Al-Izz
  • Kitab Qawaid Al-Ahkam Fi Masalih Al-Anam.

ULAMA KURUN KE-10 HIJRAH:

1. Jalaluddin Al-Suyuti
  • Kitab Al-Asybah Wan Nazair, yang mana kitab ini telah menghimpun semua kaedah daripada Mazhab Maliki dan Mazhab Hanafi.

10. KAEDAH-KAEDAH YANG TERCETUS DARI  الأمور بمقاصدها :

  • العبرة فى العقود للمقاصد والمعاني لا للالفاظ والمعني
"Yang diambil kira dalam masalah akad atau kontrak ialah tujuan dan matlamatnya, bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja ".



11. ANTARA  CONTOHNYA :
  • Apabila seseorang berkata " aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekian-sekian dengan harga ini " . Lalu dijawab oleh penjual  " Ya, aku jawab jualkannya kepada engkau ". Maka Imam Al-Rafii dan Al-Nuwi (SYAIHAN) mentarjih bahawa akad itu dikira jual beli berdasarkan lafaz tetapi Imam Subuki berpendapat itu sebagai Salam kerana mengambil kira maknanya.
  • Hibah apabila disyaratkan bayaran seperti dikatakan " Aku hibahkan barang ini kepada engkau dengan harga lima ringgit atau dengan syarat engkau beri kepadaku sekian-sekian ". Maka menurut pendapat yang sah akad itu dikira jual beli berdasarkan kepada makna dan tujuan.

12. ADAKAH NIAT MENGKHUSUSKAN LAFAZ AM ATAU MENGAMKAN LAFAZ KHAS:

Lafal Am :
  • BAHASA : Perkara yang merangkumi sama ada lafaz atau bukan lafaz.
  • ISTILAH : Lafaz yang merangkumi setiap perkara yang boleh dimasukkan di dalamnya secara sekali gus secara batasan.
Lafal Khas :
  • BAHASA : Al-Fardun ( individu)
Taksis :
  • BAHASA : Mengkhaskan yang am
  • ISTILAH : Mengeluarkan sebahagian perkara yang asalnya termasuk di dalam perkara tersebut.



 

6 comments: